Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Resipi Rendang Ayam + Bonus Masak Lemak Cili Api (Ikan Masin Kurau)

Assalamualaikum and Hello!

A post on Saturday??He he I am now a stay at home wife/mom, so Sabtu macam ni la baru free nak update blog ke because husband is around to layan anak. Anddddd because I am now a stay at home mom, I masak hampir tiap hari. So....you can expect updates on recipes from me! Yay! I promise I will only update recipe yang menjadi. I pun google-google and some of the recipes tak berapa best. So kena try-try jugak kan? :)

This post I would like to share recipe Rendang Ayam! Husband memang suka Rendang Ayam so I kena perhebatkan skill on this. This recipe sedap!

Bahan-bahan:

1. Ayam (recipe ni boleh sampai untuk seekor)
2. 2 plastik beg kecik santan pekat yang selalu rm1.50 tu
3. Cili kering blended ikut tahap tahan pedas anda (I memang ada je ni da prepare siap. Kalao takde kena ambil beberapa cili kering, rebus, then blend)
4. 1-2 ulas bawang putih - blend
5. 10 biji bawang merah - blend
6. 5 batang serai - 3 blend, 2 ketuk
7. Kunyit hidup - blend
8. Lengkuas sikit - blend
9. Halia sikit - blend
10. Garam
11. Gula
12. Air asam jawa
13. Kerisik lebih kurang 1 sudu besar
14. Daun limau purut - lebih kurang 4 helai carik-carik
15. Daun kunyit - hiris

Cara-cara:

1. Panaskan minyak. I suka minyak banyak nampak cantik hehe (masa makan bukan cedok sangat pun minyak). Tumis bahan-bahan blend sampai naik minyak and bau sedap.
2. Masukkan kerisik and serai yang diketuk. Then masukkan ayam. Gaul.
3. Masukkan santan biar masak sikit dulu. Then daun limau purut, air asam jawa, garam, gula sikit2 sambil rasa-rasa la ye.
4. Biar masak sampai dapat rupa then masukkan daun kunyit yang dihiris2 and gaul. Siap!!

Rendang Ayam

Dalam post ni jugak I nak share my way of Masak Lemak Cili Api. Tak kesah la ikan ke, ayam ke, udang ke, sama je. Kadang-kadang masak tanpa bawang but I prefer ada bawang. Sama dengan macam my mom punya hehe. 

Bahan+Cara:

1. Blend 2 biji bawang merah, 2 inci kunyit hidup yang kecil kurus tu, cili api ikut tahap tahan pedas,
2. Masuk bahan blend, 2 plastik beg kecil santan pekat RM1.50, sebatang serai yang diketuk dalam periuk then letak atas api. Kalau ayam masukkan terus juga. Kalau ikan atau udang tunggu santan masak sikit baru masukkan. 
3. Masukkan garam secukup rasa. Kacau-kacau then tunggu masak and siap! 

Yep I memang x tambah air. Santan kt bandar ni memang orang da tambah air. Santan kotak x sure la. Tak pernah pakai. Sorry recipe ni takde gambar. Sebab selalu buat so tak rasa nak ambil gambar. Nanti saya update kalao teringat ambil gambar. 1 lagi masak lemak cili api yang sedap, guna ikan masin kurau. Yang ni I ada gambar! Lebih kurang recipe ni tapi tambah nenas (pilih yang nenas hijau sikit sesuai utk masak). Ikan masin tu rendam sekejap dulu. And sbb ikan da masin, tak perlu letak garam dah la ye. 

Ikan Masin Kurau Masak Lemak Cili Api

Ok selamat mencuba! Nanti ada lagi recipe best I update! Ada beberapa ni tapi tunggu ada masa la ^_^ 

That 'I' & 'Me',
Hayfa

Monday, May 5, 2014

Yogurt Cake

Assalamualaikum and Hello!

I have shared this recipe in one of the baby food group I am in. I can't remember where I got this recipe from because I like to just simply Google and browse here and there. This is probably the easiest cake/muffin recipe I have done. I can assure you it is easy! I am not a baker. Really bad at it. Still learning. So if I say it is easy, trust me IT IS easy!

You just need 4 ingredients:

-3 eggs
-2 tablespoon of virgin coconut oil (vco) OR exta virgin olive oil (evoo)
-200gram of natural yogurt (I used Farm Fresh Natural Yogurt)
-80gram of self raising flour

HOW??SIMPLE!!

1. Pre-heat oven at 180 degree celcius and set to upper and below bake/grill.
2. Stir eggs using mixer or blender. Sampai kembang org Melayu kata!
3. Mix the eggs with everything else! Make sure the flour and everything are mixed well.
4. Brush your tray with a bit of the vco/evoo.
5. Pour batter in muffin tray or cake mould.
6. Bake for 20mins. Depending on how big your oven is.

-

The texture of this cake/muffin is actually more to a very soft bread. I would say if you are confident to give all the ingredients to your baby (at least above 8 months or better 10 months), this is the perfect texture! It is so soft and great as finger food.

My Aysha Sofea enjoyed it. Hopefully your baby will too! Happy Baking Mommies!!

That 'I' & 'Me',
Hayfa

Thursday, April 11, 2013

Kari Ikan

Assalamualaikum and Hello!

It was last week i cooked kari ikan merah. Nervous nak masak sbb mmg tak pernah masak kari sendiri sorang-sorang. Selalu tolong-tolong (tengok. haha) mak masak je. Sebelum try tu mmg tanya my mom the recipe sbb kalau tgk internet macam-macam gaya recepi ada. So allow me to share with you recipe kari ikan mama saya, Pn. Masharumi!

Ingredients:

Ikan Merah / Senangin best buat kari. I used 1 bahagian ikan merah je hari tu sbb kami berdua je.
Minyak
Sebiji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2/3 tangkai daun kari
1 1/2 sudu teh halba campur
4 batang bendi
2 sudu besar bergunung serbuk kari Babas dibancuh dengan air sedikit
Setengah gelas santan dibancuh/dicampur dgn sedikit air asam jawa. I used asam jawa adabi 1 1/2 sudu teh.
Air kosong
Sebiji tomato di belah 4
Garam secukup rasa

Steps:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih, daun kari, halba campur. Bila da wangi sedikit, masukkan bendi.
2. Masukkan bancuhan serbuk kari dan biar wangi sedikit.
3. Masukkan bancuhan santan sedikit demi sedikit. Masuk sedikit, kasi masak sedikit, then masukkan sedikit lagi. Sampai lah habis setengah gelas.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai dapat kepekatan yang diingini and minyak naik cantik.
5. Masukkan ikan dan tomato dan garam secukup rasa.
6. Tunggu ikan masak, bendi lembut, kari nampak cantik macam dekat kedai atau mak punya!haha



Tadaaa this is mine~Suami cakap sedap. Xtau la kalao tipu saja amik hati. haha. BTW, my husband who taught me how to buy/pick a good bendi. Dia kata patahkan hujung bendi tu. Kalao senang patah ok la tu. hehe. Malu je suami yg ajar kan? :P Ok siapa newbie-newbie just like me, selamat mencuba! :D

p/s: my mom cakap jangan beli serbuk kari paket besar-besar sbb kalau simpan lama x wangi. Nak simpan pun simpan dalam peti ais. Eloknya tiap kali nak masak beli paket kecik-kecik tu :)

That 'I' & 'Me',
Hayfa


Sunday, March 31, 2013

Tepung Magik

Assalamualaikum and Hello!

We (husband and i) are on our way to Cameron Highland! Pregnant hujung2 ni rs panas semacam so lets go to somewhr bit cold! :D

This is a short post on tepung magik! Sesiapa nampak ada org jual tepung ni dekat pasar tani ke mana-mana sila beli! Bila nk buat sotong goreng tepung ke, cendawan goreng ke etc. senang. Tak payah nak buat tepung seasoning sendiri. Tepung magik mmg dah ada pedas dia, garam dia semua. I have used it to make cendawan goreng and sotong goreng tepung. Celup dgn telur then celup dlm tepung then goreng. Walah sedap!! Husband's fav! ;D

That 'I' & 'Me',
Hayfa





Friday, March 29, 2013

My Fav Kind of Sambal

Assalamualaikum and Hello!

Wah 1st time guna blogger app for iphone. We are on our way to Tesco Ampang. Husband is driving. Traffic a bit heavy. So i thought jom kita update blog! Weee~

Kali ni i would like to share my favourite kind of sambal! Sesuai makan dgn ikan goreng kembong ke cencaru ke or telur sambal or ikan bilis ke. Nyums! And senang!

1. Blend 2 ulas bawang putih, 1 bawang besar, 1/2 cm belacan. Guna minyak untuk blend instead of air.
2. Panaskan minyak sikit dlm kuali. Tumis bahan yg dah blend td.
3. Masukkan 2 sudu besar begunung cili kering yg dah diblend. ( i usually have this da siap2 banyak2 dlm peti ais )
4. Masukkan asam jawa sikit. Garam and gula secukup rasa. I like it to be a bit sweet so gula lebih sikit. Hehe
5. Masak sampai naik minyak and warna jadi gelap sikit tapi jangan sampai hangit pulak! Walah da siap! :D

That 'I' & 'Me',
Hayfa



Monday, March 25, 2013

Ikan Bawal Hitam Stim

Assalamualaikum and Hello!

I decided to share this recipe as it is that one of my cooking yg i main hentam-hentam tgk2 menjd! 1 thing about me i would cook using whatever i have in my fridge. Tak rajin pergi kedai to buy stuffs according to recipe i found in book or the internet. Ok so below is how i cooked my Ikan Bawal Hitam Stim!

Ingredients:

Ikan Bawal Hitam (You can use any ikan you like that is suitable to be steamed such as siakap)
Air Asam Jawa / Jus Limau (untuk hilang bau ikan)
Garam
*2 ulas Bawang Putih (ditumbuk sekali)
*1 biji Onion (Bawang Besar yg warna kuning tu. Hiris la bentuk mcm mn korg suka :P )
*1 Cili Merah (dihiris)
*1 1/2 inci halia (dihiris panjang2 or bujur2 pn bole)
*2-3 helai daun limau purut (dicarik)
*Beberapa cendawan (boleh letak apa2 jenis sayuran yg suka)
Campuran sos tiram + kicap manis + air (ikut byk mana nak sos/kuah. i used lebih kurang 1 sudu besar sos tiram and 1 sudu besar kicap then penuhkn dengan air cukup segelas)

Steps:

1. Lumur garam pada ikan and rendam dlm air asam jawa. Ketepikan and sementara tu bole la potong2 ingredients seperti di atas.
2. Taburkan sedikit bahan-bahan bertanda * dalam pengukus.
3. Letakkan ikan dan taburkan bahan-bahan bertanda * yg selebihnya.
4. Tuangkan campuran sos tiram + kicap + air.
5. Masak guna pengukus. As what i remember it took me only 20 minutes mcm tu je.

And when its done this is how it looks! Sorry of the low quality picture. I took this picture at my dining table and we use yellow light. Next time i will take picture at my kitchen where we have white light!


Easy, ain't it? Just that i had trouble to think of something else to cook that is suitable to accompany this dish. I cooked sambal telur but husband said tak sesuai. He likes to eat this just by its own or maybe something like sotong goreng tepung. Something dry. Sotong takde dlm fridge at that time :(

Ok have fun trying this simple dish! Something fast that you can cook after coming back from work. Jgn lupa doa2 sikit sambil masak mintak2 husband makan rs sedap! :P

That 'I' & 'Me',
Hayfa